Monday 15 August 2011

KOMPONEN PENGAJARAN: Komponen Papan Tulis, Pengelolaan Bilik Darjah, Penutupan dan Membuat Kesimpulan


BMM 3117 : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Tutorial 2 :

KOMPONEN PENGAJARAN
·                        Komponen papan tulis
·                        Pengelolaan bilik darjah
·                        Penutupan dan membuat kesimpulan



PENGENALAN
Komponen Papan Tulis

     Papan tulis adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid.

     Biasanya papan tulis terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.
Ø  Papan Tulis
Ø  Papan Putih
Ø  Papan Magnetik
Ø  Papan Flip
Ø  Papan Pameran Papan Kenyataan
Ø  Papan Flanel
Ø  Papan Gulung
Ø  Papan Slip

Ø  Papan Tulis
ü  Para guru telah mengiktiraf papan tulis sebagai alat bantu mengajar di dalam bilik darjah.
ü  Papan tulis juga di kenali sebagai papan kapur, papan hitam, papan hijau serta digunakan sejak lama dahulu.
ü  Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah.
ü  Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.
ü  Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.
ü  Mudah alih serta senang digunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.

Ø            Papan Putih
ü Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis.
ü Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.
ü Kelebihan:
v  Tidak ada habuk.
v  Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.
v  Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain   lembut.

Ø Papan Magnetik
ü Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.
ü Kelebihan :
v  Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah.
v  Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.
v  Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengalih visual ke tempat baru atau dapat  menindihkan visual-visual itu dengan mudah.

Ø             Papan Flip
ü   Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang.
ü   Papan flip boleh dialihkan ke pelbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.
ü   Kelebihan:
v  Boleh mempamerkan pelbagai poster atau visual yang telah dijilid.
v  Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.
v  Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.


Ø             Papan Pameran Papan Kenyataan
ü  Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain.
ü  Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.
ü  Kelebihan:
v  Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat.
v  Senang ditampal maklumat.
v  Tidak memakan ruang.
v  Sangat mudah untuk menggantikan maklumat baru.

Ø             Papan Flanel
ü  Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar.
ü  Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel.
ü  Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi.
ü  Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan
v  Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.
v  Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.
v  Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan.
v  Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.
v  Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.
v  Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Gulung
ü  Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah.
ü  Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.
ü  Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperinci terlebih dahulu.
ü  Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau prinsip-prinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Kelebihan:
v  Mudah dibuat.
v  Mudah dibawa, digunakan atau disimpan.
v  Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.
v  Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik darjah.


Papan Slip

ü  Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan.
ü  Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.
ü  Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.

Kelebihan:
v  Boleh dibuat sendiri.
v  Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah.
v  Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.
v  Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas. 


Pengelolaan Bilik Darjah

Pengenalan
ü  Pengelolaan bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan pengurusan fizikal sesebuah bilik darjah.

ü  Bilik darjah pula merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan melibatkan guru dan murid.

ü  Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan.

JENIS-JENIS BILIK DARJAH

Ø  Bilik Darjah Tradisi
Ø  Bilik Darjah KBSR
Ø  Bilik Darjah KBSM
Ø  Bilik Darjah Terbuka
Ø  Bilik Darjah Prasekolah

i.              Bilik Darjah Tradisi
v    Bilik darjah tradisi di negara kita telah lama digunakan untuk mendidik kanak-kanak di bawah program ‘Kurikulum Lama Sekolah Rendah’ dan ‘Kurikulum Lama Sekolah Menengah’ diperkenalkan.
v    Kaedah ini sesuai apabila seorang guru menyampaikan pengajaran dengan penggunaan Kaedah Keseluruhan Kelas’.
v    Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris.
v    Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
v    Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris.
2) Pelajar yang rendah, bertubuh kecil dan kurang penglihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan.
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan.
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

ii.             Bilik Darjah KBSR
v  Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982
v  Program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran murid secara kumpulan
v  Interaksi antara guru dengan murid serta interaksi murid dengan murid diperkenalkan.
v  Ciri-ciri bilik darjah KBSR:
1.     Kerusi-meja disusun mengikut kumpulan.
2.     Murid-murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan mengikut kebolehan masing-masing.
3.     Penglibatan murid-murid dalam aktiviti P&P 
digalakkan.
4.     Suasana pembelajaran yang kondusif dapat
diperhatikan melalui pameran hasil kerja
murid serta ABM mengajar yang berkaitan. 
5.   Ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk
      memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
6.   Aktiviti murid berada dalam keadaan aktif.

iii.             Bilik Darjah KBSM:
v  Bilik Darjah KBSM mula diperkenalkan pada tahun 1988.
v  Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran
v  Ciri-ciri bilik darjah:
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan.
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri.
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif.
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.

iv.             Bilik Darjah Terbuka:
v  Bilik Darjah Terbuka lahir daripada konsep ‘Pendidikan Terbuka’.
v  R.S. Barth (1976) dalam buku berjudul ‘Open Education and The American School’ menghuraikan konsep Pendidikan Terbuka sebagai suatu pendekatan pendidikan yang sedia terbuka kepada:
    i. Bidang Kurikulum
   ii. Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran
  iii. Ruang-Ruang Pembelajaran
  iv. Bahan-Bahan Pelajaran
  v. Murid-murid akan memilih bahan pelajaran yang mereka
  hendak belajar. 

v  Murid-murid akan menentukan dan merancang aktiviti P&P sendiri.

v  Pengajaran guru dikurangkan pada peringkat yang minimum.

v  Guru cuma akan menjadi penasihat dengan membimbing dan melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau secara individu.

v  Biasanya pendekatan ‘Pengajaran Berpasukan’ yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pelajaran untuk membimbing murid-murid dalam ‘Bilik Darjah Terbuka’.

v  Situasi P&P adalah berbentuk Informal.

v  Ruang dan rekabentuk bilik darjah diubahsuai untuk membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dari satu tempat ke tempat lain, memilih bahan-bahan pelajaran yang diminati serta menjalankan aktiviti P&P selepas berbincang dengan guru.

v  Ciri-ciri bilik darjah terbuka :

1. Aktiviti P&P biasanya dijalankan secara kumpulan atau individu.
2. Berbagai-bagai aktiviti P&P dilakukan dalam bilik darjah secara serentak.
3. Murid-murid dapat mengikuti berbagai-bagai aktiviti P&P mengikut jadual
    waktu pelajaran sendiri.
4.   Persekitaran bilik darjah terbuka dilengkapkan dengan alat-alat dan bahan pelajaran untuk memudahkan murid menggunakannya.

Bilik Darjah Prasekolah

v  Pendidikan Prasekolah merupakan asas pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun sebelum mereka memulakan alam persekolahan secara formal di Sekolah Rendah.
v  Pendidikan Prasekolah penting untuk menyuburkan perkembangan kanak-kanak dari segi JERIS melalui aktiviti Pembelajaran dan Permainan dengan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuh mereka.
v  Dalam bilik darjah Prasekolah, kerusi-meja disusun mengikut bilik dajah KBSR.  
v  Aktiviti berbentuk permainan menjadi aktiviti pembelajaran utama untuk kanak-kanak Prasekolah.
v  Sebuah bilik darjah Prasekolah yang lengkap mempunyai:
i. Sudut Bacaan (Bahasa)
ii. Sudut permainan Matematik dan Teka-Teki
iii. Sudut Manipulatif
iv. Sudut Sains
v. Sudut Muzik
vi. Sudut Lukisan
vii. Sudut Agama (Kanak-kanak Islam)

v  Cirri-ciri bilik darjah:
ü  Bilik darjah dikhaskan untuk kanak-kanak 
dalam lingkungan umur 4-6 tahun.
ü  Ia merupakan tempat melatih kanak-kanak
secara informal dan melalui aktiviti
permainan.
ü  Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan
seperti bilik darjah KBSR Tahap Satu.
ü  Dinding sekeliling bilik darjah Prasekolah
dihiasi pelbagai carta dan kad gambar yang 
berwarna-warni.
ü  Sesebuah bilik darjah Prasekolah moden pula dilengkapi dengan ruang membaca, peralatan permainan bercorak pendidikan asas, komputer, televisyen, dll.
ü  Pendidikan Jasmani melalui aktiviti permainan di padang permainan kanak-kanak berdekatan bilik darjah prasekolah adalah diutamakan.
ü  Bilangan murid Prasekolah biasanya tidak melebihi 25 orang.



FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGELOLAAN BILIK DARJAH

1. FAKTOR FIZIKAL
v  Faktor-faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.

v  Kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan serta perabot di dalam bilik darjah.

v  Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif menjadi faktor yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah.


v  Faktor fizikal sekolah merangkumi suasana fizikal di dalam bilik darjah dan kawasan sekolah.

v  Selain itu susunan meja dan kerusi bilik darjah juga memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.

v  Murid-murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.

2. FAKTOR KEMANUSIAAN

1.   Suasana sosial
v  Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah.

v  Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah mempunyai mempunyai latar belakang dan sifat-sifat yang berbeza-beza.
v  Murid yang mempunyai sifat yang pendiam dan pemalu tidak suka bergaul dengan murid yang lain. Mereka biasanya berkawan dengan murid yang mempunyai status sosial yang setaraf.
v  Dari segi pendidikan, perhubungan dan corak interaksi murid dalam sesebuah kelas memang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
v  Justeru itu, guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memahami tingkah laku dan budaya murid agar keberkesanan pengajaran dan     pembelajaran dapat ditingkatkan.


2.               Suasana emosi
v  Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Guru banyak mempengaruhi tingkahlaku dan corak pembelajaran muridnya.
v  Guru perlu menunjukkan teladan sebagai seorang professional, membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang segala tingkahlaku negatif.
v  Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra diantara murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi serta sifat guru yang peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana emosi kegembiraan dalam bilik darjah.


3. FAKTOR TEKNIKAL
v  Merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan untuk belajar.
v  Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti yang boleh yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran seperti pertandingan nyanyian, mewarna, bercerita dan sebagainya.
v  Guru yang mempunyai kemahiran mengajar, serta kebolehan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar penting bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
v  Aktiviti-aktiviti seperti projek dan pertandingan berunsur akademik pula dapat merangsang semangat belajar murid kerana dengan adanya aktiviti-aktiviti ini murid-murid akan berusaha dengan lebih giat lagi.

PENUTUPAN DAN  MEMBUAT KESIMPULAN/PENUTUP
v  Guru boleh menutup pengajarannya dengan membuat kesimpulan terhadap pelajaran yang diajar.
v  Pengajaran guru tidak seharusnya berhenti secara tiba-tiba terutamanya ketika pelajar  hendak keluar semasa waktu rehat.
v  Guru hendaklah merancang pegajarannya supaya dapat ditutup dengan baik dan berkesan. Minda pelajar  hendaklah difokuskan kepada perkara yang telah dipelajari terutamanya melalui kesimpulan, penilaian, atau aktiviti susulan (tugasan).


v  Kesimpulan
ü  Kebiasaannya guru akan menutup pengajarannya dengan membuat kesimpulan atau rumusan pelajaran. Melalui kesimpulan pelajar dapat membentuk konsep serta dapat melihat      perkaitan antara fakta yang dipelajari.
ü  Selain itu, pelajar akan berasa yag mereka telah mempelajari sesuatu dan faham apa yang dipelajari. Kesimpulan juga adalah sebagai peneguh kepada pelajaran bagi memudahkan pelajar mengingati apa yang telah dipelajari. Guru bpleh membantu pelajar membuat kesimpulan sendiri melalui soalan-soalan yang dikemukakan.


3.     Penilaian
v  Penilaian pada bahagian penutup bukanlah seperti penilaian yang dibuat semasa pengajaran.
v  Penilaian disini adalah ringkas yang pada kebiasaannya dibuat secara lisan untuk mengetahui samaada pelajar memahami apa yang telah merekaa pelajari.
v  Penilaian juga secara tidak langsung membantu pelajar membuat kesimpulan.

Aktiviti susulan atau tugasan
v  Aktiviti susulan biasanya diberi oleh guru pada akhir bahagian penutup iaitu kerja tambahan yang guru berikan kepada pelajar dalam bentuk kerja rumah.
v  Tujuannya adalah untuk mengukuhkan aspek-aspek pembelajaran yang telah disampaikan supaya sesuai dengan fungsinya sebagai satu bentuk aktiviti pengayaan.
v  Guru perlu memberi perhatian supaya aktiviti susulan yang diberi itu tidak membebankan pelajar.
v  Sekiranya guru yang mengajar setiap pelajaran yang diikuti pada hari tersebut memberikan tugasan dan perlu disiapkan dalam jangka masa yang singkat, maka sudah pasti pelajar akan tertekan dan bosan.
v  Hal ini akan menghilangkan minat pelajar terhadap pelajaran.




5 comments:

  1. Salam, saya mohon izin nak ambik nota dr cni ya.. Semoga Tuhan memberkati anda. Tq byk2..:)

    ReplyDelete
  2. Thankssss so much.. Byk membantu sy. Sy salin secara lisan smbil bt ulgkaji :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas maklumat yang disiarkan.Banyak membantu saya.Semoga mendapat pahala atas ilmu yang dipergunakan....

    ReplyDelete
  4. MOHON IZIN UTK SHARE..TQ..BARAKALLAH :)

    ReplyDelete
  5. di mana saya boleh dapatkan artikel tentang pengurusan kelas terutamanya pengurusan papan hitam ini.tq

    ReplyDelete