Sunday, 14 August 2011

KOMPONEN PENGAJARAN


KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
 (BMM 3117)
Tajuk : Komponen Pengajaran
1.    Kemahiran induksi
2.    Penerangan
3.    Penyoalan
4.    Variasi ransangan

1. KEMAHIRAN  INDUKSI
Definisi Set Induksi
·         Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.
·         Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran.
Objektif Set Induksi
·         Menarik perhatian dan menimbulkan minat murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan dijalankan.
·         Membina aliran fikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan.
·         Memotivasikan murid supaya bersedia untuk belajar.
·         Mengaitkan pengalaman atau pengetahuan lepas murid dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.
·         Membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna.
Komponen Set Induksi
a)    Menarik perhatian
Menarik Perhatian merangkumi perkara berikut:
      Mewujudkan nada suara yang sesuai.
      Menggunakan ABM/BBM yang menarik.
      Menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat.
      Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.

b)    Mewujudkan motivasi
Mewujudkan Motivasi merangkumi perkara berikut :
      Membangkitkan rasa ingin tahu.
      Menggunakan teknik bercerita.
      Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
      Menggunakan soalan yang mencabar.

c)    Membuat perkaitan
Membuat Perkaitan merangkumi perkara berikut :
      Mengaitkan pengetahuan lepas murid.
      Mengaitkan isi pelajaran baru.
      Mengaitkan peristiwa semasa.
      Mengaitkan minat dan pengalaman murid.

d)    Menstruktur
Menstruktur merangkumi perkara berikut :
      Menyatakan had tugas yang akan dijalankan.
      Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan.
      Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas.
      Menyatakan aktiviti, tugasan atau projek.

2.  PENERANGAN
Definisi Penerangan
      Satu kemahiran untuk menceritakan, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain.
Matlamat  Komponen Penerangan
·         Menaakul - Penerangan sebab musabab, punca berlakunya sesuatu  dan membuat ramalan atau kemungkinan
·         Menghuraikan proses -  Menghuraikan proses, peraturan, undang-undang dan prosedur
·         Menjelaskan maklumat  - Memudahkan murid faham dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran dan sebagainya dengan ringkas dan padat.

Teknik Memberi Penerangan.
a)    MERANCANG
·         Kenalpasti kumpulan sasaran, bahan bantu mengajar,pilih  kaedah mengajar yang sesuai dan susun idea dengan baik.

b)    MENEPATI SASARAN
·         Kebolehan, kemampuan usia dan pengalaman. Bahan bantu mengajar perlu menepati kumpulan murid.
PRINSIP- PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG
1. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai.
2. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat.Pelajar- pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama.
3. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru,kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu minit.
4. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.
5. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna
6. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan.
7. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya mana- mana perkara yang mereka kurang faham
8. Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar.

KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN1.
1. Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna.
2. Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih jelas.
3. Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.
4. Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka.
5.Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana pelajar dapat memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada pelajar.

3. KOMPONEN PENYOALAN
Objektif Penyoalan
·         Merangsang dan mencungkil fikiran murid.
·         Menguji pengetahuan dan kefahaman murid.
·         Membimbing murid menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks.
·         Menarik perhatian murid supaya menumpukan perhatian mereka kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan.
·         Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran.
·         Membantu murid mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan diri dalam ujian yang akan datang.
·         Menjalin perhubungan yang baik diantara guru dengan murid melalui aktiviti soal jawab.
·         Membantu murid mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran.
·         Mengembangkan daya pemikiran murid melalui satu siri soalan yang terancang.
·         Melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN  KEMAHIRAN MENYOAL.
1. Pembentukan Soalan
v  Aras soalan sesuai mengikut umur,kebolehan dan pengalaman murid
v  Merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan
v  Gunakan istilah dan perkataan yang mudah difahami
v  Bentuk soalan diubah dari masa ke semasa.
v  Soalan haruslah boleh menjana pemikiran murid.


2. Teknik Mengemukakan Soalan
v  Guru mengemukakan soalan, berikan masa untuk murid berfikir dan sebut nama murid.
v  Soalan haruslah ditujukan kepada seluruh kelas, bukan untuk murid yang cerdas sahaja.
v  Bagi memastikan murid fokus, minta mana-mana murid untuk mengulang kembali jawapan rakan mereka.
v  Beri amaran kepada murid-murid bahawa soalan akan dikemukakan sekalu sahaja dan minta mereka bersedia mendengar.
3. Penerimaan Jawapan Murid.
ü  Beri pujian kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul.
ü  Guru hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan murid kerana ini akan menggalakkan murid lain tidak mendengar jawapan yang diberi oleh rakan mereka sebaliknya menunggu ulangan daripada guru.
ü  Jika jawapan kurang tepat, minta murid lain cuba menjawab atau guru boleh memberi maklumat tambahan untuk melengkapkan jawapan.
ü  Jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru  perlu membantu dengan mengubah aras soalan lebih rendah.
ü  Larang murid untuk menjawab soalan beramai-ramai.
ü  Jangan memarahi atau memalukan murid jika jawapan yang diberikan salah.

Kesan Kemahiran Penyoalan kepada P&P
  1. Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam P&P
  2. Menambah minat murid dan mendorong mereka menumpukan perhatian
  3. Daya pemikiran murid dapat diperkembangkan.
4.    Guru boleh membuat penilaian terhadap tahap pemahaman murid.
5.    Perhubungan murid dan guru akan bertambah baik. Murid lebih yakin untuk bertanya sebarang soalan mengenai pelajaran.


KOMPONEN KEMAHIRAN MENYOAL
a) Penbentukan Soalan
a)    Fokus (Tunggal) – jelas, tepat, ringkas
b)    Fokus (Pelbagai) - Soalan yang ditumpukan kepada satu idea, Soalan konvergen
c)    Sebaran - Soalan ditumpukan lebih kepada satu idea, Soalan divergen.
d)    Hentian - soalan disebarkan kepada seluruh kelas.
e)    Melayani Jawapan - memberi masa kepada murid memikirkan jawapannya
f)     Memberi petunjuk menjawab - Memberi pujian,  Melengkapkan jawapan, Membaiki  jawapan.
g)    Memberi petunjuk menjawab - Memberi petua  atau petunjuk untuk membantu murid.

4.VARIASI RANGSANGAN
Prinsip Variasi Ransangan
·         Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru hendaklah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran
·         Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian di antara satu sama lain
·         Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagaikan pengalihan saluran deria haruslah dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.
·         Setiap langkah penyampaian haruslah mengandungi aktiviti pengajaran yang berbeza dengan langkah penyampaian yang lain.
·         Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.
Objektif Variasi Ransangan
v  Memberi peluang kepada pelajar menggunakan  berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu.
v  Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.
v   Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan.
v  Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok.
v  Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran guru.
v  Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam pembelajaran.


Komponen Variasi Ransangan
ü  Komponen perubahan pergerakan langkah guru. Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Pergerakan langkah guru perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.
ü  Komponen perubahan fokus deria murid. Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan BBM.
ü  Komponen perubahan pergerakan anggota guru. Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang lain contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.
ü  Komponen perubahan nada suara guru. Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.
ü  Komponen perubahan bentuk lisan murid. Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.
ü  Komponen perubahan bentuk fizikal murid. Perubahan bentuk fizikal murid seperti lakonan, menulis, dan simulasi

Kesan Variasi Ransangan
      Aktiviti P&P akan menjadi lebih seronok & menarik.
      Minat dan perhatian murid akan tertumpu sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru.
       Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan dan mereka berusaha melibatkan diri secara aktif.
      Murid berpeluang menggunakan pelbagai  saluran deria untuk mempelajari sesuatu.
      Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

No comments:

Post a Comment