BMM 3117 :
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
TAJUK 7
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
v Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
v Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
v Pembelajaran Berasaskan Permainan
1.PEMBELAJARAN BERASASKAN AKTIVITI
v Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan.
v Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran.
v Dengan kata lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
v Aktiviti juga suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden.
v M.J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid.
v Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang.
v Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik.
v Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakan di sekolah.
CONTOH AKTIVITI
v Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-murid akan dilengkapi dengan satu senarai kata yang perlu dikuasai.
v Bagi memahami perbendaharaan kata tersebut, murid-murid diberi terjemahan dalam bahasa ibunda.
v Disamping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentuk ayat berdasarkan peraturan-peraturan nahu yang telah diajar.
v Aktiviti membaca merupakan asas untuk mecerakinkan nahu serta menterjemahkan bahasa daripada bahasa sasaran kepada bahasa ibunda ataupun sebaliknya.
v Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajar serta latihan menulis tentang bahan-bahan yang telah dibaca dan diterjemahkan oleh murid-murid.
2.PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL/SENARIO
v Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.
v Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.
v Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:
a) Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak.Tiap-tiap gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi.
b) Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur.
v Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh guru.
v Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut.
v Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi.
v Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid.
v Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.
Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu
Contoh 1: Dialog dan Nyanyian
v Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan.
v Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog.
v Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.
Contoh 2 : Latihan Pandang dan Sebut
v Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan.
v Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.
v Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan.
v Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik
3.PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
v Permainan adalah satu jenis aktiviti yang menarik dan memikat.
v Guru-guru boleh menggunakan permainan sebagai satu pendekatan mengajar yang positif. Bermain biasanya bersifat komunikatif dan menghiburkan.
v Murid-murid belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana permainan memberi lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam proses komunikasi.
v Bagi guru-guru disekolah, permainan merupakan alat yang amat penting kerana ia boleh digunakan apabila kanak-kanak berhadapan dengan konsep-konsep dan kemahiran yang memerlukan konsolidasi dan peneguhan.
v Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
v Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
v Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
v Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid.
v Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid.
v Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.
v Guru dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa.
v Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
-Merangsang interaksi verbal pelajar
-Merangsang interaksi verbal pelajar
-Menambah kefasihan dan keyakinan
- Menyediakan konteks pembelajaran
-Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan.
v Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
v Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan
v Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain
v Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid
v Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka.
v Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.
• Menggalakkan interaksi.
Peluang-peluang menggunakan tenaga dan kebolehan berkomunikasi adalah bahagian-bahagian yang berhubung rapat dalam pengalaman berbahasa. Perkara yang lebih penting ialah kesan dari pada hubungan rakan-rakan sebaya. Kerjasama
• Kerjasama
Adalah elemen penting dalam permainan. Ahli-ahli sesebuah kumpulan bekerjasama sesama sendiri untuk memastikan kumpulan mereka berjaya. Oleh itu, permainan boleh mewujudkan naluri semulajadi manusia untuk bekerjasama
• Pertandingan.
Permainan memberi peluang kepada murid-murid bertanding sesama sendiri.
Permainan boleh melibatkan peserta, masa, kebolehan tertentu, kecemerlangan dan matlamat-matlamat tertentu.
Permainan mewujudkan kecenderungan untuk bertanding dan menyalurkannya untuk tujuan-tujuan pembelajaran.
• Pembelajaran secara semulajadi
Permainan-permainan yang berbentuk komunikatif membenarkan pembelajaran secara komunikatif.
Banyak aspek pembelajaran bahasa berlaku hanya melalui proses yang semulajad iapabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi.
Tujuan Permainan Komunikatif
• Untuk merangsangkan interaksi verbal murid-murid. Dalam permainan, murid-murid digalakkan bercakap untuk membolehkan mereka menyuarakan pendapat dan menyatakan pandangan mereka.
• Guru sebagai fasilitator akan mewujudkan pembelajaran yang “berpusatkan murid”. Peranan guru ialah menggalakkan interaksi dan mengawal keadaan kelas dari segi ketenteraman dan displin.
• Untuk menambahkan kelancaran dan keyakinan.
Permainan boleh digunakan sebagai satu cara untuk menambah dan mempertingkatkan kelancaran dan keyakinan murid-murid.
Fungsi bahasa boleh dilaksanakan melalui aras linguistik yang berbeza-beza. Ini membolehkan permainan yang mengandungi arahan-arahan dapat dilaksanakan pada semua peringkat mengikut kadar kefasihan dan kelancaran serta pengetahuan murid terhadap bahasa tersebut.
• Untuk mewujudkan konteks pembelajaran.
Permainan menyediakan peluang-peluang perhubungan yang positif untuk berkembang, bukan sahaja diantara murid-murid bahkan juga diantara guru dan murid.
Perhubungan yang mesra membantu mengharmonikan kelas, membentuk perhubungan mesra sesama mereka.
• Untuk bertindak sebagai alat bagi mengatasi kebosanan pada saat-saat kritikal.
Pada saat-saat kritikal seperti waktu hampir-hampir tiba masa makan tengah hari, murid-murid merasa letih dan biasanya mereka akan bosan, mengantuk dan lapar.
Permainan dapat menciptakan satu bentuk komunikasi secara semulajadi untuk menemui keperluan murid-murid. Contoh: permainan berdasarkan justifikasi perbalahan.
Prinsip-prinsip Bermain
• Permainan yang dipilih untuk sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran hendaklah dapat memenuhi keperluan psikologi murid-murid iaitu sesuai dengan umur, minat, kebolehan mental dan pengalaman murid-murid.
• Guru harus peka dengan objektif permainan yang hendak dijalankan Sebaik-baiknya permainan yang telah dipilih itu dapat memenuhi tujuan dan matlamat pengajaran hari itu.
• Setiap permainan yang dipilih harus dapat memberi sumbangan yang besar terhadap peningkatan tahap berbahasa dan pengetahuan atau kemahiran yang hendak dikuasai.
• Sebelum permainan itu dijalankan, guru perlu merancangkannya terlebih dahulu, iaitu bagaimana hendak melaksanakannya, alat-alat yang diperlukan, ganjaran-ganjaran yang perlu disediakan, ruang untuk menjalankan gerak kerja tersebut, penglibatan murid dan sebagainya.
• Penerangan tentang peraturan-peraturan dan syarat-syarat permainan mestilah dijelaskan terlebih dahulu sebelum pelajaran dapat dijalankan.
• Semasa aktiviti permainan dijalankan, guru hendaklah membimbing murid-murid.
• Di bahagian akhir aktiviti, guru bolehlah bincangkan kesalahan-kesalahan yang berlaku. Guru juga boleh menyemak jawapan murid atau membincangkan perjalanan permainan tersebut.
• Guru hendaklah memastikan permainan tersebut mempunyai penutup.
• Permainan harus difokuskan kepada sesuatu kemahiran atau pengetahuan.
• Guru harus menerangkan terlebih dahulu permainan yang akan dimainkan. Murid-murid harus tahu apakah yang akan dikaitkan oleh permainan itu.
• Sekiranya permainan itu memerlukan penerangan dan penjelasan, guru harus menyediakan kad-kad atau salinan foto. Edarkan salinan foto ini kepada murid-murid dan beri mereka sedikit masa untuk mempelajarinya.
• Guru kemudian menunjukkan cara bagaimana permainan itu dapat dilaksanakan.
• Gunakan seorang murid atau sekumpulan murid dan lakukan demonstrasi dihadapan kelas. Dengan cara ini, idea bagi permainan tersebut adalah lebih mudah dikuasai melalui salinan foto yang dibekalkan, dan penerangan secara verbal tidak dapat membantu pemahaman murid secara berkesan.
• Permainan hendaklah digunakan mengikut peringkat dalam pelajaran.
• Ia harus berfaedah dan menyumbang sesuatu bagi mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran yang hendak dipelajari dan dikuasai.
• Kelas boleh dikendalikan secara berpasangan atau berkumpulan.
• Permainan secara individu boleh juga dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran murid-murid.
• Permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan.
• Permainan yang berasaskan huraian atau meneka.
• Permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu
• Permainan kad
• Permainan dam
Contoh-contoh permainan bahasa :
• Nama permainan: Mendengar dan membuat.
• Tujuan: supaya murid-murid boleh mendengar dengan betul dan mengikut arahan.
• Bahan: pegang hidung kamu, sentuh tangan kamu dan lain-lain.
• Cara bermain : kelas
• Langkah-langkah: Guru memberi arahan seperti:
1- Bongkokkan badan kamu
2- Angkat tangan kamu
3- Pusingkan badan kamu.
• Murid-murid membuat arahan itu sambil berkata “ Saya bongkokkan badan saya” “ saya angkat tangan saya” dan lain-lain. Jika terdapat perbuatan yang salah, maka murid itu tidak dapat markah, kalau betul dapat markah.
• RUJUKAN
• http://www.scribd.com/doc/21963760/Nota-Kaedah-Dan-Teknik-Pengajaran-Bahasa
• http://www.scribd.com/doc/49197959/PEMBELAJARAN-BERASASKAN
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete