Monday 15 August 2011

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


DEFINISI KAEDAH
*      Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik  yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
*      Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.
*      Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.


1.    KAEDAH NATURAL

*      Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif.
*      Kurang  menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.
*      Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej.
*      Ini bermakna, penguasaan hanya akan  berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran.
*      2 Cara untuk memperkembangkan teori bahasa:

1. Penguasaan.
- Cara yang semula jadi, sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedari yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui penggunaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna.

2. Pembelajaran.
- Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa diperkembangkan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pembetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari

ASPEK – ASPEK PENTING
*      Mula dari kelas rendah
      - sejak murid dari pra sekolah atau tahun 1.
      - penekanan kepada persembahan input
*      Peranan murid berubah ikut tahap perkembangan linguistik
      - murid boleh berlakon, kenal pasti rakan
*      Guru merupakan sumber utama
      - input pemahaman boleh berlaku.
*      BBM : brosur, iklan, peta, jadual, buku yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, permainan.
*      Murid mempunyai 4 tanggungjawab dalam kaedah ini:-
1. beri maklumat khusus tentang matlamat 
     khusus.
2. mengambil bahagian yang aktif untuk    
     pemerolehan input.
3. menentukan masa untuk mulakan penghasilan
     pertuturan dan mempertingkatkannya.
4. latihan tatabahasa – masa ditentukan untuk
   murid menyiapkan.

PROSEDUR
*      Murid dimulakan dengan arahan TPR ( Total Physical Response)
*      Guru gunakan TPR untuk mengajar nama bahagian tubuh.
*      Mengajarkan nama – nama dalam kelas dan lakukannya melalui arahan.
*      Gunakan nama dan ciri – ciri fizikal dan pakaian untuk mendeskripsi rakan dalam kelas.
*      Guna alat visual.
*      Guna beberapa gambar dan murid tunjuk gambar yang sedang dicerita.


2.    KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

*      Kaedah nahu tradisional / kaedah klasik
*      Penekanan kepada kemahiran menulis dan bukan bertutur.
*      Tidak mementingkan fonetik, menekankan ejaan dan penulisan dalam bahasa.
*      Pengajaran dan perbendaharaan kata diberikan awal sesi pengajaran.
*      Kata-kata disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa.
*      Hukum-hukum ini dihafaz sebagai cara menguasai bahasa itu.

TEKNIK MENGAJAR
*      Murid diperkenalkan dengan hukum-hukum tatabahasa.
*      Guru memberi penerangan kepada murid mengenai hukum tatabahasa diikuti contoh.
*      Murid perlu menghafaz hukum-hukum atau rumus tatabahasa.
*      Murid diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal.
*      Murid membina ayat dengan menggunakan perbendaharaan kata.

TUJUAN
*      Murid – murid faham tatabahasa sesuatu bahasa.
*      Melatih murid menulis dengan bahasa yang betul.
*      Murid dapat menterjemah bahasa asing ke dalam bahasa natif.
*      Melengkapkan murid dengan perbendaharaan kata yang luas.
*      Murid boleh menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.

KELEBIHAN
*      Tidak menggunakan masa yang panjang dalam kelas.
*      Tidak memerlukan pembiayaan yang banyak
*      Kurang membebankan guru dalam menyediakan alat bantu.
*      Latihan intensif yang lama tidak diperlukan.
*      Tidak menghadkan saiz kelas
*      Murid belajar sendiri tanpa bimbingan guru.

KELEMAHAN
*      Sukar untuk membuat terjemahan
*      Memberi tanggapan salah kepada murid terhadap bahasa.
*      Beranggapan kajian fonetik atau bunyi-bunyi bahasa itu tidak penting dipelajari.
*      Murid memikirkan bahawa pembelajaran struktur bahasa itu tidak penting.


3.    KAEDAH TERUS

*      Kaedah ini mula direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935.
*      Kaedah yang digunakan oleh tentera untuk melatih tentera dan diplomat dalam perang.
*      Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk operasi tentera adalah kemahiran lisan.
*      Kemahiran menulis tidak menjadi matlamat penting.
*      Dikenali juga sebagai kaedah askar.
*      Latih tubi digunakan secara intensif melalui guru bahasa.
*      Ditiru untuk mengajar pasukan sukarelawan Amerika untuk belajar bahasa asing.
*      Utamakan prinsip – prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak – kanak.
*      Sesuai untuk pengajaran bahasa kedua.
*      Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak – kanak.
*      Pengajaran digunakan dengan menggunakan benda-benda atau objek  konkrit.

TUJUAN
*      Membolehkan pelajar – pelajar menguasai keempat – empat kemahiran bahasa, contohnya mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
*      Membolehkan pelajar – pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan.

4 ASAS KAEDAH
*      Hubungan secara lansung antara perkataan dengan benda.
*      Pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada.
*      Harus menimbulkan perasaan ingin tahu murid melalui soalan.
*      Pengajaran harus berpandu kepada lunas – lunas kanak – kanak mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu:
*      Mengutamakan bahasa lisan, kemahiran mendengar harus mendahului kemahiran bertutur.
*      Murid – murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar. Terjemahan tidak digunakan langsung.
*      Tidak mempelajari sebarang undang – undang tentang bahasa yang hendak dipelajari.
*      Sebutan yang betul diutamakan dan oleh kerana itu kaedah ini memerlukan ilmu pengetahuan fonetik.
*      Ulangan dan pengukuhan harus diperbanyakkan.
*      Harus mempelajari sesuatu secara keseluruhan.
*      Pengajaran bermula dari senang ke susah.

CIRI - CIRI
*      Kosa kata dan struktur bahasa sehari-hari
*      Menggunakan banyak perkara baharu.
*      Tatabahasa diajar melalui keadaan.
*      Pengajaran tatabahasa secara lisan.
*      Minggu pertama khusus untuk latihan sebutan.

CARA MENGAJAR
*      Menghubungkan murid terus kepada bahasa yang hendak dipelajari. Semasa pengajaran dijalankan terjemahan tidak sekali digunakan.
*      Segala makna yang tidak difahami murid akan dijelaskan oleh guru dengan cara berikut:
1.    Mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar.
2.    Mengaitkan perkataan – perkataan atau ayat – ayat dengan gambar, rajah – rajah, lukisan atau sebagainya.
3.    Menggunakan perkataan – perkataan seerti atau yang berlawanan.
4.    Dengan menggunakan aksi atau lakonan (terutama bagi perkataan – perkataan kata kerja).
5.    Dengan cara memberikan huraian atau bercerita.
6.    Dengan menjelaskannya dalam ayat – ayat dan sebagainya.

7.    KEBAIKAN
*      Mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama kanak-kanak belajar secara lisan.
*      Murid dihubung terus dengan bahasa yang  hendak diajar. Terjemahan tidak digunakan langsung .
*      Memerlukan ilmu fonetik.



KELEMAHAN
*      Kemahiran bahasa dan kemhairan lisan tidak dapat dijalankan serentak.
*      Murid tidak dapat menulis dengan betul.
*      Menggunakan masa yang panjang.
*      Penerimaan murid tidak sama dengan maksud kata sebenar.
*      Murid-murid lemah akan ketinggalan.


4.    KAEDAH AJUK-HAFAZ

*      Pengajaran dibahagikan kepada 2 cara:
q  demonstrasi:berkaitan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata.
q  Latih tubi:penutur jati akan baca beberapa ayat.
                     ;akan mengajuk ayat berkali-kali supaya boleh dihafal.
*      Murid tidak perlu menterjemah perkataan demi perkataan.
*      Apabila semua ayat sudah dipelajari, murid membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda pula.
*      Contoh diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda.
*      Murid mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas bagi latihan mendengar.
*      Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.
*      Kejelasan dalam menyampaikan pelajaran adalah penting.
*      Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang betul kepada murid – murid.
*      Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan bahasa yang baik dan sempurna.
*      Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan.

CARA MENGAJAR
*   Guru perlu sediakan:
o   Latihan dalam pertuturan
   Contohnya =   
*      Latihan bercakap
*      Karangan-karangan lisan
*      Latihan-latihan cara menyebut sesuatu perkataan
*      Menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran
*      Tahu menggunakan dalam bentuk-bentuk ayat yang betul.


5.    KAEDAH LINGUISTIK

*      Kaedah ini pada dasarnya membandingkan dua bahasa iaitu di antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa lain.
*      Pengetahuan bahasa murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa.
*      Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui murid-murid.
*      Mendahulukan bentuk daripada makna.

TUJUAN
*      Murid boleh menggunakan bahasa yang diketahuinya.
*      Murid dapat menerangkan tentang nahu yang terdapat dalam tatabahasa.
*      Menghasilkan murid yang memahami serta bertutur dalam bahasa sasaran dengan sebutan yang baik

CARA MENGAJAR
*      Memulakan pengajaran dengan mengajar sebutan bunyi perkataan.
*      Memulakan dengan peringkat mudah.
*      Pengajaran sruktur ayat dan unsur tatabahasa dilaksanakan secara induktif.
*      Aktiviti penulisan adalah berdasarkan bahan lisan dan bacaan

Apabila murid menyebut, tumpuan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu;
            Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
Tatabahasa (grammar)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek

Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

Kefasihan (fluency)
-aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas dan betul.

Kefahaman (comprehension)
- latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
-          Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
-          Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
-          Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.


KELEBIHAN :
*      Penyediaan bahan tersusun dan teratur.
*      Murid dapat bertutur dalam bahasa ibunda mereka.



KELEMAHAN :
*      Perlukan guru terlatih
*      Memerlukan kos yang tinggi.
*      Murid boleh bertutur tetapi tidak boleh kembangkan bahasa dengan baik
*      Perlukan masa yang lama.



6.    KAEDAH KOD - KOGNITIF

*      J.B. Caroll (1966) berpendapat bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan berasaskan teori huraian bahasa dan pembelajaran semasa.
*      Kaedah ini terbentuk berlandaskan teori huraian bahasa Chomsky dan teori pembelajaran Gestalt.
*      Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik.
*      Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat semula jadi dan sejagat.
*      Teori pembelajaran gestalt pula berpendapat bahawa pembelajaran terjadi dari saling tindakan seseorang kanak-kanak dengan persekitaran dalam proses kematangannya.
*      Hasilnya, terbentuk celik akal iaitu satu corak pembentukan, imaginasi, dan idea baru.
*      Teori ini menekankan kepentingan pengamatan, dan pemahaman struktur bahasa yang dipelajari.

*      Menekankan bentuk dan makna.
*      Murid mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukum-hukum tertentu dalam ilmu tatabahasa.
*      Kaedah kod kognitif mengutamakan beberapa ciri-ciri penting iaitu;
a)    Dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan
b)    Perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan.
c)    Diterapkan secara lansung yang boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif.
d)    Mementingkan makn a.
e)    Menggunakan aplikasi tatabahasa transformasi generatif.

LANGKAH PENGAJARAN
1)    Beri penerangan bagi murid –murid memahami rumus-rumus tatabahasa.
2)    Ayat-ayat pencilan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara induktif.
3)    Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan – perbezaan antara unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama dihuraikan.
4)    Dalam pengajaran bahasa pertama, unsur pebandingan struktur ayat digunakan bagi memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar.
   Contohnya:
- membandingkan struktur ayat yang mengandungi akhiran –kan dan –I bagi 
  membolehkan murid memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif.
5)    Setelah murid faham huraian unsur tatabahasa, barula diberi latihan peneguhan.


7.    KAEDAH BAHASA KOMUNITI

*      Pembelajaran bahasa komuniti atau ‘Community Language Learning’ merupakan cara pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL.
*      Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.
*      Berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing-teknik kemanusiaan.
*      Teknik yang menganggap mempunyai emosi dan perasaan di samping pengetahuan linguistik dan tingkahlaku.
*      Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan murid dalam satu interaksi.
*      Kejayaan dalam memperoleh sesuatu bahasa berhubung kait dengan perhubungan baik antara murid dan sesama murid.

PERINGKAT KAEDAH
5 peringkat:
  1. peringkat kelahiran
  2. Kebolehan murid berdikari daripada ibu bapa.
  3. Murid bebas bercakap dan bina identiti sendiri
  4. Murid berasa selamat untuk dikritik.
  5. Murid memajukan daya dan pengetahuan linguistik yang sesuai-boleh jadi pengajar orang lain

*      Menekankan bahawa kejayaan menguasai bahasa berkait rapat dengan hubungan baik guru dan murid , murid sesama murid
*      Aktiviti yang sesuai
§  ; terjemahan
§  : kerja kumpulan
§  : rakaman
§  : gambaran
§  : pemerhatian
  1. Gunakan psikologi kaunseling – pembelajaran manusia libatkan faktor kognitif dan afektif.

8.    KAEDAH ORAL - AURAL

*      Satu kaedah mendengar dan bertutur
*      Kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis.
*      Menggunakan dialog untuk menghafaz
*      Latih tubi dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang betul
*      Alat pandang dengar digunakan dengan meluas
*      Perbendaharaan kata diberikan kepada murid secara beransur-ansur.
*      Setelah murid kuasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis.

TUJUAN KAEDAH ORAL-AURAL
*      Murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
*      Mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan.
*      Murid boleh memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.


PROSEDUR
*      Guru  memperdengarkan sebutan penutur jati
*      Murid diminta menyebut perkataan atau rangkai kata yang didengar.
*      Aktiviti dijalankan mengikut kumpulan.
1.    Murid berlatih bersama-sama
2.    Pecahkan kepada kumpulan kecil
3.    Jika terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan, murid akan diperbetulkan dan mereka diminta mengulang-ulangkan sebutan yang betul itu.
*      Apabila murid sudah mahir sebutan, latih tubi pola-pola ayat berdasarkan struktur bahasa diberi kepada murid.
*      Berikan teks untuk murid baca
*      Latihan menulis pada akhir pengajaran
*      Daripada sebutan-sebutan tadi akan dijadikan dialog.
*      Latih tubi pada pola-pola ayat menjadi aktiviti yang penting.
*      Apabila murid telah menguasai struktur-struktur  asas baharulah mereka dibenarkan membaca bahan-bahan bacaan
*      Latihan menulis dilakukan kemudian setelah murid-murid boleh membaca.

KELEMAHAN
*      Membebankan guru-banyak menjalankan latih tubi
*      Masa yang panjang-boleh membosankan murid
*      Murid hilang keyakinan diri
*      Tumpuan oral sahaja-sebutan.


RUJUKAN

       Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd
       Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8). Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd 

2 comments:

  1. Sangat bermanfaat kepada guru-guru yang dalam praktikel latihan mengajar

    ReplyDelete
  2. Sangat bermanfaat untuk rujukan guru interim. Terima kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete