Monday, 15 August 2011

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

TEORI BEHAVIOURISME
PELOPOR : B.F. SKINNER

*      Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.
*      Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P.
*      Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
*      Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran.
*      Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi.
*      Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan.
*      Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan.
*      Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar.
*      Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak.
*      Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
*       B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.
*      Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.

PRINSIP TEORI BEHAVIORISME
*      Bahasa yang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting
*      Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan
*      Pengukuhan penting dalam P&P
*      Latihan bahasa perlu diperkukuhkan
*      Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan
*      Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&P

HUBUNGAN TEORI BEHAVIORISME DALAM P&P
*      Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis.
*      Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji.
*      Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
*      Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa

KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME
*      Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.
*      Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.
*      Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.
*      Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.
*      Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.
*      Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME
*      Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.
*      Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.
*      Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.
*      Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.
*      Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.
*      Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru.
*      Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
*      Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.
*      Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

TEORI KOGNITIF
PELOPOR : JEAN PIAGET

KONSEP PENTING YANG DIUTARAKAN OLEH JEAN PIAGET
*       Skema
*      Asimilasi
*      Akomodasi
*      Adaptasi



SKEMA
*      Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
o   Contohnya:
o   Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
*      Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.

ASIMILASI
*      Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
*      Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
o   Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
*      Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.
AKOMODASI
*      Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
*      Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
o   Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

ADAPTASI
*      Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
*      Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.
*      Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
*      Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.

TAHAP – TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF
*      Tahap Sensorimotor atau deria motor
(dari lahir hingga 2 tahun)
*      Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
*      Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun)
*      Tahap Operasi Formal
(12 tahun hingga dewasa)

TAHAP SENSORIMOTOR
*      Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
*      Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.
*      Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya.
*      Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).

TAHAP PRAOPERASI
*      Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
*      Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan.
o   Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
*      Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.
o   Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

TAHAP OPERASI KONKRIT
*      Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik.
*      Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
*      Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
*      Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
*      Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.
*      Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.
*      Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak.

TAHAP OPERASI FORMAL
*      Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima.
*      Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.
*       Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik.

KELEMAHAN TEORI PIAGET
*      Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas.
*      Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

KEKUATAN TEORI KOGNITIF
*      Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
*      Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
*      Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

TEORI MENTALIS
PELOPOR : NOAM CHOMSKY
*      Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky)
*      Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi
*      Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif
*      Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.
*      Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
*      N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD.
*      Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
*      Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
*      proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
*      proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ).
*      proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.
*      tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
*      Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.
*      Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia.
*      Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.


CIRI TATABAHASA
*      Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur
*      Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami
*      Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis

HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P
*      Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi
*      Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan
*      Tulisan dan bacaan diutamakan
*      Pendekatan Analisis
*      Kaedah: kod-kognitif
*      Teknik:  hafalan

TEORI INTERAKSIONALIS
PELOPOR : HALLIDAY
*      Berkembang dalan Tahun 60an
*      Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973),Gromer (1976) dll
*      Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa – hanya boleh manfsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa.
*      Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi lingguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat
*      Mementingkan aktiviti komunikasi.
*      Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
*      Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa.
*      Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.
*      Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain
*      Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.
*      Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.
*      Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.
*      Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.
*      Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.

PANDANGAN DALAM P&P
*      Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik
*      Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p
*      Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna
*      Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
*      Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak
*      Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betul

PRINSIP P&P INTERAKSIONALIS
*      Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi
*      Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
*      P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna

KELEBIHAN TEORI INTERAKSIONALIS
*      Merupakan interaksi sosial harian.
*      Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.
*      Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.
*      Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.


KELEMAHAN TEORI INTERAKSIONALIS
*      Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh. 
*      Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial.
*      Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas.
*      Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat.


RUJUKAN
*      Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd
*      Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8). Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd 

2 comments: