Sunday, 19 February 2012

TAJUK 2-KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar

Peringat awal
·         Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi;
·         Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat;
·         Melakukan sesuatu yang disuruh;
·         Menjalankan perintah dan permintaan;
·         Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
·         Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat pertengahan
·         Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci;
·         Mengenal maklumat khusus;
·         Mengesan urutan;
·         Mengenal sebab dan akibat;
·         Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi;
·         Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

Peringkat maju
·         Mengenal isi-isi penting;
·         Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap;
·         Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi;
·         Mentafsirkan maksud orang yang bercakap;
·         Mengikut aliran dialog atau perbualan;
·         Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar,
·         Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk tatabahasa.

Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;
(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i) Membuat ayat daripada gambar.

Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i) Memberi komen secara mudah;
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya;
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan sebagainya;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamasi puisi;
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.





Unsur-unsur keberkesanan pengajaran kemahiran lisan
*      Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu
            pic (pitch) - tinggi rendah nada suara
            kekuatan, atau kenyaringan suara
            kualiti suara
*      Bunyi atau respons adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring.
*      Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
*      Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi.

a) Kecerdasan:
-Tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat ;
-Aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa.

b) Kesihatan:
-Tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid;
-Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan.
(c) Fizikal:
-Berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi yang boleh menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan;
-Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan dan kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan.



(d) Persekitaran:
-melibatkan ahli keluarga, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan (bandar atau luar bandar), tahap dan status sosioekonomi;
-Kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar.

(e) Jantina:
-Menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang berbeza-beza.
-Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki.
-Urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.

(f) Dwibahasa:
-Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa kerana dalam proses pertuturan kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.

Prinsip pengajaran kemahiran lisan
(a)Penuturan yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
(b)Pengajaran hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengari oleh pendengar yang lain.
(c)Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan murid.
(d)Adakan rangsangan yang membolehka murid-murid bercakap mengenai perkara-perkara tertentu.
(e)Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
(f)Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri.
(g)Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja.
(h)Ulang pelajaran (latih tubi) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya  untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
(i)Semasa murid-murid meniru sebutan, guru hendaklah membimbing mereka dan jika terdapat kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment