Wednesday 15 February 2012

pendekatan dan kaedah pengajaran bahasa


Pendekatan Binaan
       Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis.
       Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.
       Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks.
       Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh.
       Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.
       Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya.
       Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.
       Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya.
       Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,klausa, ayat dan seterusnya.
Pendekatan Cerakinan
       Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.
       Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut.
       Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik.
       Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.
       Daripada beberapa perkataan,guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata.
       Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul.
       Terdapat4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada sukukata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.
Pendekatan Komunikatif
       Bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi.
       Matlamat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai ‘keupayaan berkomunikasi’.
       Menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.
       Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana:
v  Pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap
v  Tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja
v  Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan/secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.
       Aktiviti yang boleh dilaksanakan:-
  1. Bercerita
  2. Teater pembaca
  3. Laporan/ulasan buku
  4. Choral speaking            
PENGALAMAN BAHASA (lea)
       Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.
       Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan, murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya.
       3 peringkat dalam proses membaca iaitu:-
       lateral
       Interpretasi & inferens
       Penilaian makna
       Murid – murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat – peringkat tersebut.
       Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.
       Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.
       Sebagai contoh:
    Jika murid – murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan.
       Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut:
  1. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.
  2. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.
  3. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep.
  4. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca.
  5. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.
Kaedah Pandang dan Sebut
       Kaedah seluruh perkataan
       Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata
       Aktiviti utama – memandang dan menyebut
       Perkara yang dipandang - gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar
       Perkara yang disebut - perkataan pada bahan yang ditunjukkan
       Kaedah ini mementingkan dua perkara;
        i)            Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar
       ii)            Membunyikan ayat melalui gambar yang mempunyai cerita.
       Prosesnya :
a)      Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.
b)      Setelah di cam, tidak dibunyikan, tidak juga dieja tetapi perkataan tersebut harus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan yang disampaikan disertakan dengan gambar.
c)       Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.
d)      Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.
e)      Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.
f)       Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja.
Kelebihan kaedah pandang & sebut
a)      Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.
b)      Bersesuaian dengan resmi semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini dari awal mementingkan makna.
c)       Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka.
d)      Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.
Kelemahan kaedah pandang & sebut
a)      Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.
b)      Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.
c)       Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.
d)      Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.
Kaedah Abjad
       Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf itu,
       Cara penyampaian:-
a)      Murid menghafaz bentuk huruf menurut susunanya, iaitu a – z(menerusi nyanyian, kad, dsb)
b)      Membunyikan gabungan huruf vokal dan konsonan bagi membentuk suku kata.
c)       Penggabungan suku kata membentuk perkataan.
d)      Pembacaan ayat – ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv.
Rasional kaedah abjad
       Oleh sebab perkataan mengandungi huruf/lambang, murid hendaklah diajar mengenal nama huruf/lambang sebelum mambaca atau mengejanya.
       Menurut Walker;lambang(huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Kanak-kanak yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca.
       Murid berpeluang menjalin huruf konsonan dan huruf vokal bagi membentuk suku kata dan akhirnya perkataan.
       Kaedah ini bersifat petunjuk dan kanak-kanak diberi peluang berinisiatif.
Kelebihan kaedah abjad
a)      Sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
b)      Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
c)       Kaedah ini memberi asas dan binaan kukuh dalam membaca.
d)      Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid.
Kelemahan kaedah abjad
a)      Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
b)      Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini mebolehkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.
c)       Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secra keseluruhan yang bermakna.
d)      Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.
Kaedah Fonik
Cara pelaksanaannya:-
       Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) – murid melihat lambang dan menghafaz bunyinya;
                a dibunyikan aa
                z dibunyikan zi
       Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya: “ba’ tanpa bunyikan “be” dan “aa”.
       Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan.
                                bu + ta = buta
                                bu + ka = buka
       Pembacaan ayat – ayat mudah:
                                Ibu beli buku
                                Ibu buka buku
                                Ibu baca buku
Rasional kaedah fonik
       Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi, huruf hanyalah simbol belaka.
       Menurut Palmer, huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. Huruf hanyalah simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Dengan bunyi yang ditetapkan, huruf akan menjadi satu unsur bahasa.
       Oleh itu, proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada bunyi-bunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi tersebut membawa makna, bukan hurufnya.
       Mohd. Hilmi Haji Ismail menyatakan: sistem ejaan BM ialah fonemik dan oleh sebab suku katanya jelas, maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan untuk mengajar peringkat prabacaan.
SQ 3R
       SQ3R adalah singkatan bagi;
                                S (survey)      tinjau
                                Q (question) soal/tanya
                                R (read)         baca
                                R (recite)       imbas kembali atau nyatakan                                              secara lisan
                                R (review)     baca semula
Survey
       Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri.
       Murid bebas dalam erti kata menganggap apa yang dibaca.
       Pelajar hanya menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub tajuk, gambar, simbol ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
       Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.
Question
       Murid menyenaraikan bebarapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
       Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid tentang topik/isu dalam teks.
       Soalan juga berupaya penyenaraian siri soalan yang berkaitan demgan tugasan yang diberi.
       Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
       Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan- peramalan jawapan yang paling relevan.
Read
       Murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
       Dalam masa yang sama, murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi dan murid boleh menyenaraikan soalan tambahan.
       Sepanjang masa membaca, murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan.
       Murid juga boleh bertukar-tukar fikiran sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca.

Recite
       Setelah murid membaca keseluruhan teks, pada peringkat ini murid dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.
       Murid menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan.
       Seterusnya murid dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks.
       Murid juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks.
       Murid boleh membandingkan jawapan mereka.

Review
       Pada peringkat ini, murid dikehendaki membaca semua soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
       Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recite (imbas kembali).
       Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.
       Murid jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question/pertanyaan.
KWLH
       Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. 
       Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. 
       Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.
Tujuan teknik KWLH
       Murid  dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
       Murid sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
       Murid dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan.
       Murid dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan.

No comments:

Post a Comment