Saturday, 9 July 2011

NOTA 1

Teori Huraian Bahasa Tradisionalsumber: http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/teori-huraian-bahasa-tradisional.html

Teori Huraian Bahasa Tradisional


1. Teori Tradisional (Panini)
- kajian bahasa dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan
- bahasa boleh berkembang
-setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk
-tatabahasa bersifat sejagat, berasaskan tatabahasa Yunani + Latin
-bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam
- kajian bahasa bersifat deduktif – memeningkan hukum-hukum sesuatu bahasa
-pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat + kata kerja

2. Teori Struktural (Bloomfield)
-kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem + ayat
-ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari + untuk perhubungan
-ahli2 bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan + mementingkan fakta2 yang dilihat.

3. Teori Transformasi Generatif (Chomsky)
-penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan
-Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa
-ayat mempunyai struktur dalaman + permukaan
-pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental
-penutur dilahirkan dengan kecekapan semulajadi
-bahasa bersifat sejagat + kreatif

4. Teori Fungsional (Haliday)
-struktur bahasa ikut fungsi dalam komunikasi
-kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi
-Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada 3 fungsi idea, fungsi interpersonal + fungsi tekstual
-fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa
1. Teori Behaviorisme (Bloomfield)
-Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan
-proses pengajaran haruslah menekan latihan + pengulangan yang banyak
-proses penguasaan bahasa melalui latihan yang memerlukan mekanisme yang bersistem
-mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
-berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak2 mempelajari bahasa menerusi hukuman + ganjaran
- sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan + gerakbalas dlm bentuk bahasa + bukan bahasa
-proses pendedahan yang berulang2 + konsep peniruan mencepatkan pembelajaran bahasa
-aspek pengukuhan memudahkan ingatan
-pengajaran tatabahasa adalah berdasarkan penekanan induktif/kaedah terus, dengar + tutur, dan teknik latih tubi.

2. Teori Mentalis (Chomsky)
- mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan kanak2.
-kanak2 berupaya membuat rumusan
-tulisan + bacaan diutamakan tapi kemahiran menulis lebih penting
-diukur melalui kecekapan + pencapaian mereka
- penyampaian makna lebih diutamakan
-tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif

3. Teori Interaksionalis
- mementingkan aktiviti komunikasi
-menghasilkan bahasa apabila ia memerlukannya
-perkembangan bahasa – proses kognitif + proses interaksi bahasa
-interaksi – menghasilkan ayat penyata + ayat perintah -
-hasil interaksi akan mempengaruhi untuk mempelajari sistem bahasa

4. Teori Konstruktivisme
-mementingkan pembelajaran semasa interaksi dalam kelas
-Memberikan contoh ayat– membina ayat setelah memahami konsep
-pembinaan semula ayat – pembangunan semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru / idea yang baru

TOPIK 2
Konsep strategi
- cara / langkah / tindakan yg harus dilakukan untuk mencapai objektif PnP
Perspektif
a. pendekatan berpusatkan murid
b. Kepelbagaian Teknik
c. Kepelbagaian Sumber Bahan
d. Penggunaan tatabahasa yg tepat
e. PnP Bertema
f. Bacaan luas
g. Penggabungjalinan
h. Penyerapan
i. Penilaian
j. Pemulihan
k. Pengayaan

Pendekatan Induktif
- pendekatan pengajaran bahasa yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi.
-pelajar digalakkan mencari, meneliti + mempelajari sendiri.
-mengemukakan satu rumusan hasil kajian yang dilakukan
-peranan guru hanya – mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memperhatikan, mengkaji + memberikan contoh

Konsep Induktif dlm Pengajaran Bahasa
1. mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum
2. memperkenalkan pengetahuan + memberi pengalaman
3. Mengumpulkan maklumat untuk membentuk hukum
4. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu
5. Mendapatkan satu kesimpulan daripada satu urutan pemikiran
6. merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan umum daripada fakta2 / cth2 tertentu.
4 peringkat pengajaran
1. pendedahan
2. pembentukan konsep
3.Mencuba generalisasi
4. Penutup

Pendekatan Deduktif
-satu proses menganalisis data / isi yang membentuk generalisasi + mengaplikasikan peraturan2 yang diberikan

Konsep Deduktif
1. mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum
2. satu proses penaakulan yang tinggi
3. satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum
4. menganalisis fakta atau isi yang membentuk generalisasi
5. membuat satu pencerakinan daripada umum kepada spesifik

Peringkat pengajaran
1 .awal generalisasi
2. mengemukakan generalisasi
3. menganalisis konsep
4. mencuba generalisasi
5. penutup
Pendekatan Eklektik
-gabungan antara beberapa pendekatan
-sesuai utk murid2 yang mempunyai pelbagai kebolehan + pencapaian
- sifat pendekatan ini mudah ubah
- pelbagai ciri2 yang baik

Pendekatan Komunikatif
- manusia berbahasa secara komunikasi
-setiap manusia akan menggunakan akal untuk menyatakan fikiran masing2

Pendekatan Oral
-berkaitan dengan komunikasi tapi secara perbandingan
- memberi penekanan kepada penguasaan aspek lisan
- kawalan tatabahasa juga diberi perhatian

Kaedah Pengajaran
- satu perancangan /prosedur bagi mlaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, sistematik.
-langkah2 pengajaran yg tersusun + berkesinambungan untuk mencapai objektif

Kaedah situasi – mementingkan latihan penyebutan, ulangkaji, struktur baru, perbendaharaan kata, latihan lisan + membaca bahan yang melibatkan struktur baru / latihan bertulis.

Kaedah Oral Aural – dengar + tutur. Membolehkan murid2 memperkembangkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Kaedah Penglibatan tindakbalas fizikal (TPR) – mementingkan pemahaman bahasa melalui pendengaran serta memulakan pelajaran dengan kemahiran mendengar


Teknik Pengajaran
- Suatu alat yang digunakan bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar
- sejajar dengan kaedah dan pendekatan yang dianuti
-antaranya
a. teknik latih tubi
b. simulasi
c. Main peranan
d. Teknik sumbangsaran
e. Permainan Bahasa
f. soal jawab
g. bercerita
h. drama
i. Inkuiri
j. Perbincangan
k. Forum
l. Perbahasan
m. Kuiz

- Teknik Simulasi – satu situasi yang diwujudkan secara merupai keadaan sebenar – berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing – membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu / tugasan.
-teknik Inkuiri – tinjau siasat- soal selidik untuk mendapatkan jawapan / kesimpulan. Daya refleksi- selalu bertanyakan soalan- kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
1. mengenal masalah 2. mengaji ramalan 3. mengumpul maklumat 4. menganalisis 5. membuat rumusan


http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/teori-huraian-bahasa-tradisional.htmlsumber: